Segalanya Bermula Di sini...

Thursday, December 01, 2005

Hari Baru, Bulan Baru


Berat sekali rasanya nak membuka mata pagi tadi... Sengal-sengal terasa menjalar di setiap ceruk tubuh dan letih bermain bola tampar semalam masih lagi terasa. Kalau di turutkan hati yang malas, mahu saja rasanya aku tarik kembali selimut bujang yang kemas membalut badan. Mengenangkan yang hari ini hari pertama berkerja selepas "off day" aku gagahkan diri juga. Hasilnya, aku terlambat ke tempat kerja buat kesekian kalinya.. :P

"PENAT", satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan suasana hari ni. Biasalah, hari pertama bekerja, nak mendapatkan "mood" kerja adalah suatu cabaran yang harus aku atasi setiap hari. Namun, alah bisa, tegal biasa. Periuk nasi aku, terpaksa aku jaga sendiri. Biar segunung kerja yang dilambakkan depan mata, demi tanggungjawab akan aku laksanakan.

Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak tengahari tadi lansung tak menghalang aku daripada pulang ke rumah. Aku lebih rela berhujan basah daripada terus "terpacak" di stesen. Basah kuyup juga bila sampai di rumah tadi, tapi kelegaan kerana berjaya mengharungi seharian bekerja mengatasi segala-galanya. Teringat akan novel karya Norhayati Berahim yang aku beli semalam. Nampaknya malam ini masa aku takkan terbuang begitu saja. Lebih indah rasanya di buai lamunan indah cerita novel daripada dibuai ombak resah yang aku sendiri ciptakan.

1 comment(s):

uda pun letih ler zarul...esok sehari lagi, pastu leh rehat hari minggu. Nak pi shah alam plak sabtu ahad ni... keje leklok tau, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. It's in your hand (*matilah iklan Celcom!)

By Blogger tiade_ko$, at 6:15 PM  

Post a comment

<< Home