Menghitung Hari....Raya..???
"26, 27.... yess, lepas ni off day aku!!". Mulutku terkumat kamit sendirian sambil mataku masih tertancap kemas pada helaian kalender yang semakin kusam meniti hari-hari terakhir dalam bulan oktober ini. Ramadhan yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi menyedarkan aku betapa pantasnya peredaran masa, sedangkan rasaya seperti baru semalam anak bulan Ramadhan menampakkan wajahnya. Suasana Hari Raya jelas terasa di minggu-minggu terakhir ini bilamana teman-teman serumah masing-masing sibuk dengan persiapan raya mereka. Ada yang ghairah mahu pulang awal ke kampung, ada yang sudah sedia dengan 2-3 pasang baju raya dan tak kurang juga dengan "bekalan" bunga api dan mercun yang pastinya akan menambah kemeriahan hari lebaran nanti.
"Im sorry Azrul, tapi cuti hari raya awak saya tak dapat nak approve kan". Kata-kata keramat yang masih dengan alasan tiada senior techician yang akan bertugas pada hari itu. Hmm.. nampaknya seperti tahun lepas, malam raya dan pagi raya aku akan bersendirian sekali lagi. Kempunan lagi nampaknya nak merasa ketupat, rendang dengan sambal kacang emak yang tentu saja jadi kegemaran aku. Sedih betul rasanya bila raya yang cuma setahun sekali ini tak dapataku isambut dengan emak dan adik-adik. Apakan daya, adat resam orang merantau mencari rezeki di tempat orang. Yang pasti persiapan raya untuk emak di kampung tak pernah aku lupakan. Mujur saja kuih-kuih raya yang ditempah daripada Pian dan Afik sudah aku ambil. Nampak macam banyak, tapi aku rasa masih perlu di tambah semacam dua. Dah tentu orang tua kat kampung tu tak sempat nak buat kuih raya banyak-banyak.
1 comment(s):
Akum, zarul...
Abang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat zarul. Maaf atas segala salah dan silap (kesalapan) yang pernah timbul sebelum ini antara kita. Abg harap, zarul terus tabah ngan hidup ini dan mencapai segala hasrat dan impian zarul satu hari nanti.
InsyaAllah lepas balik raya nanti, kita jumpa reramai berhari raya ek...jangan sedey2 walaupun keje di pagi raya. Banyak hikmahnya tu... rindu rasanya nak baca blog zarul yg menggunakan bahasa melayu tulen ni. Abang dah link kan blog zarul, teruskan catatan bujangkota ini, semoga Allah memberikan berkat rezeki dan kesabaran pada Zarul...Amin
By tiade_ko$, at 3:23 PM
Post a comment
<< Home