Segalanya Bermula Di sini...

Tuesday, December 06, 2005

"Que Sera,Sera"


Alhamdulillah, dah rasa baik sikit kaki aku yang sakit semalam. Hari ni tak lagi terhincut² macam semalam. "Degil betul budak sorang ni!!" - itu yang selalu aku dengar bila "diaorang" soh aku g klinik dan pastinya macam² alasan aku bagi. Apapun aku rasa terharu sebab ada yang amik berat pasal aku. Thanks guys. Insyallah sabtu ni aku nak pegi jumpa dentist sbb gigi geraham atas aku dah tercabut tampalan lamanya. Sakit woo kalu nak mengunyah makanan. Korang tau je la kan cam mana rasanya sakit gigi.. rasa nak nangis pun ada kadang². Harap² abang kucing tak lupa janji dia sabtu ni. huhuhuh.....

Hari ni cam biasa jek kat tempat keje. Keje pun tak banyak, tapi aku yang banyak berjalan. Sangap tul rasanya nak menunggu masa balik. Tanak buang masa punya pasal aku baca novel "Hanya Kerana Cinta" yang mmg aku bawak dari rumah. Biasalah cita novel, penuh dengan bahasa² indah, jalan ceritanya selalu mengajak pembaca turut bersama merasai suka derita watak² yang ada. Sekali sekala ingatan aku terpanggil pada abg plumber yang seminggu dua ni nampak sedikit murung. Seceria mana dia cuba senyum, tetap tak dapat sembunyikan resah yang terbuku dalam hati dia. "Berat mata aku yang memandang, berat lagi bebanan yang dipikulnya". Susah nak cakap macam mana perjalanan hidup kita ni. Tak siapa yang nak menderita, tak ada siapa yang nak berduka. Tapi itulah hakikat kehidupan, ceritera sebuah perjalanan. Kadangkala lurus dan tiada halangan. Kadangkala penuh liku, ditambah dengan onak duri yang maha hebat.

Kalau boleh dikongsi bersama, aku tak kisah kalau bebanan itu dipindah ke bahu aku. Utk abg plumber, aku harap dia sentiasa tabah dan sabar dalam menempuhi segala apa halangan yang merentangi perjalanan hidup ini. Kata² mak ini tak pernah aku lupa dan sentiasa aku jadikan penguat semangat " anak jantan tak boleh menangis, anak jantan kena kuat". Entahlah, mungkin aku cuma pandai cakap je, tapi yang pasti aku akan sentiasa ada kat sini untuk menyokong dan mendorong dia dari belakang. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. Insyallah, yakin dengan rahmat yang tersembunyi di sebaliknya.

Hmm, lepas balik tadi aku sempat tgk dvd "The Simpsons" - Sixth season. Ada satu siri tu bila ada satu komet besar yang nak jatuh kat "Springfield". Sibuk la suma saintis kat sana nak cari jalan cam mana nak elak supaya komet tu tak jatuh dan musnahkan semua yang ada kat situ. Penduduk² suma masing² cari alternatif cam mana nak selamatkan diri masing² kalau² komet tu jatuh jugak. Nak dijadikan citer, komet tu tak dapat diletupkan dan akan jatuh jugak kat "Springfiled". Apa yang buat aku citer pasal siri ni ialah tentang ending dia. Komet yang besar ya amats itu akhirnya pecah jadi kepingan kecik bila masuk atmosfera bumi sedangkan orang ramai semuanya dah resah bagai nak rak sebab maut depan mata. Last skali tu ada la lagu "que sera sera" yang buat aku terfikir. Kita bukanlah sesiapa nak tau apa yang akan berlaku pada masa depan kita. Yang penting kita kena selalu bersedia dan percaya yang Insyallah perjalanan hidup ni masih panjang lagi, banyak lagi cabaran dn dugaan yang akan kita tempuh. Yakin dan percaya pada diri sendiri. Yang selebihnya serahkan pada yang Kuasa. :-)



Que Sera, Sera
Doris Day

When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

Now I have Children of my own
They ask their mother
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
I tell them tenderly

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be
Que Sera, Sera

1 comment(s):

Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Tanggan diangkat jari sepuluh,
Doa ku minta biar selamat.

By Blogger azarul, at 7:00 PM  

Post a comment

<< Home