Segalanya Bermula Di sini...

Thursday, December 15, 2005

Siti Nurhaliza..Eh, silap!! Siti Norzuria..:-)


Busy..busy..busy.. Itu jek perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan aku skang ni. Tak putus-putus keje kat stesen sana, sampaikan masa off day pun kengkadang aku kene keje gak. Nasib baik leh claim over time, kalu tak jangan harap la.. Dah hujung-hujung taun cam ni mmg biasa la sibuk. Tukar spare part sana.. nak repair mechine sini.. Part yang paling membencikan nak siapkan annual report. Masa-masa terluang yang sedikit itulah aku gunakan utk berehat, dan yang paling penting, aku akan pastikan aku ada masa nak main volleyball. Dah tu je tempat aku nak bersosial, nak mengeluarkan peluh bagai. Hmm.. Cepatlah masuk taun baru. Aku harap aku dapat siapkan semua keje-keje tu sebelum malam taun baru nanti. Kalu tak siap naya woo.. Uhuks!!

Petang tadi masa aku dok asyik "mengerjakan" auto gate kat stesen Hang Tuah, aku dapat sms drpd Siti Norzuria, member sekerja aku dulu yang kamceng sesangat. Walaupun dah lama dia benti keje, tapi tak penah lupa kat kawan-kawan. Nak ajak makan laksa kat Times Square sana katanya. Nasib baik masa tu aku tak makan lagik, dan mmg lapo pun. Heheh.. cepat-cepat aku siapkan keje sbb dah janji ngan Siti kat sana kul 5.30. Sampai kat sana dari jauh aku dah nampak mak buyung ni dok tunggu kat depan Kedai Bread Story. Hai, Siti..Siti.. perut dah besar cam tu pun rajin lagik naik turun train, gi jalan-jalan. Bosan katanya dok kat rumah saja. Aku bukannya apa, risau tgk dia berjalan sorang-sorang.

Bangga pun ada tgk dia. Dulu sebelum dia pregnant, selalu sangat cita pasal nak ada baby. Maha Suci Tuhan, dengan izinnya lagi sebulan, Insyallah dia akan deliver baby boy. Muhammad Adam, belum lahir pun dah ada nama tau, :-). Kitaorang makan kat Laksa Shack, dulu-dulu pun selalu makan kat sana ngan diaorang. Skang suma dah keje kat tempat lain, jarang-jarang sekali ada masa nak jumpa. Thanks a lot Siti for your time. Doa aku semoga Siti selamat melahirkan Muhammad Adam dan of course jadi ibu yang happy selalu ok.



Tuesday, December 13, 2005

Squash Nite..



Lepas bola tampar, bowling... Sekarang ni squash pulak. (matila kaki aku sakit terus-terusan!!). "Bersukan je ke keje budak seko ni"? Haha.. entahlah, aku pun tak reti nak cakap cam mana. Nak cakap aku ni aktif bersukan, masa sekolah dulu haram satu sukan pun aku tak main. Orang dok kejar bola kat tengah padang petang², aku dok syahdu melayan tido kat asrama. Kalu orang nak cakap aku kaki bangku pun aku tak kisah, dah memang tak reti main bola.. huhuh... Ada la main bola tampar sesekali masa Pendidkan Jasmani dolu².. Cite lama beb...

Skang ni dah busy ngan keje, masa ni lah aku nak cuba macam² jenis sukan. (bola sepak aku dah kecualikan awal² lagik.. :P). Dulu jangan cakap nak main squash, nak jejak kaki ke gelanggang dia pun belum tentu lagik. Thanks Mr. Delfino yang memperkenalkan aku kepada squash. Seingat aku, aku baru jek start main mende alah ni... Sebelum puasa ari tuh. Memula main tu biasalah, cam hampeh.. Skang dah ok sikit kut. Terima kasih sekali lagi kat Mr. Delfino yang jadi "coach" yang tak letih² mengajar mamat seko ni yang semakin gila sekarang ni. Kalau main bola tampar letih, main squash plak kadang² ada rasa cam nak mati. Penat seeehh.. Tapi aku tak kisah semua tu, sekali aku dah suka aku akan teruskan walaupun kaki ni semakin hari semakin sakit... huhu...


Monday, December 12, 2005

Bowling Nite





Salah satu lagi aktiviti aku ngan kawan² suma, bowling campak-mencampak. Ari tuh seperti yang dijanjikan, kitaorang berkumpul kat Flamingo - Ampang Superbowl utk main bowling reramai. Actually taklah ramai sangat pun, ada la dalam 9 orang. Selalunya kalau ajak main bowling, kalau tak pakai 4 lane> mmg tak sah. Tapi malam tu kitaorang pakai 2 lane jek. Lagipun ada tournament masa tu, so nak taknak kene la tunggu gak sebelum dapat beraksi. Aku, Pian, Tommy, Yus, Abg Shak, Abg Naim, Kamal, Amir ngan Alex jek yang main malam tu. Walaupun tak ramai, saingannya cam biasa, tetap sengit. Huhuhuh.. Di tambah plak dgn cenderamata yang Tommy sponsor, utk high score ngan total high score katanya. Haruslah masing² main bersungguh² kan. Ermm, sempat la snap gambar sekeping dua masa kat sana.. mrase..mrase... Aaaa.. kpade sape² yang nak join main bowling, hari jumaat ni (16/12/2005), kitaorang main kat UE3 Mall, Cheras. Masanya, kul 8.30 malam. See ya there...




Wednesday, December 07, 2005

Volleyball Nite



Ari rabu, cam biasa kalau tak ada aral melintang, gelanggang bola tampar kat Taman Tasik Titiwangsa sana akan jadi tempat berkumpul aku ngan kawan-kawan yang lain. Nama pun gelanggang bola tampar kan, harus la main bola tampar gak. huhhuh. Walaupun semenjak dua menjak ni hujan turun tak tentu masa, tapi Alhamdulillah malam ni tak hujan masa kitaorang tengah main. Tapi basah gak court tu sebab dah ujan petangnya tadi. Kalau setakat ujan rerintik tu, tak maunya bebudak ni stop. Ala² kalis air gamaknya..( termasuk aku sekali ) :p

Walaupun kaki aku sakit lagik, tapi minat punya pasal aku redah jek. Taruh ubat sapu biar kasi panas sket, pastu aku ikat ngan bandage keketat, baru sarungkan kasut. Dah terlompat² kat tengah court tu, lansung lupa yang kaki aku tengah sakit. Seronok main bola tampar ni sebenarnya, lagik² bila ada kawan² suma. Part tu yang aku rasa paling seronok sekali. Yang pasti aku tak penah miss setiap kali ada game. huhhuh....


Tuesday, December 06, 2005

"Que Sera,Sera"


Alhamdulillah, dah rasa baik sikit kaki aku yang sakit semalam. Hari ni tak lagi terhincut² macam semalam. "Degil betul budak sorang ni!!" - itu yang selalu aku dengar bila "diaorang" soh aku g klinik dan pastinya macam² alasan aku bagi. Apapun aku rasa terharu sebab ada yang amik berat pasal aku. Thanks guys. Insyallah sabtu ni aku nak pegi jumpa dentist sbb gigi geraham atas aku dah tercabut tampalan lamanya. Sakit woo kalu nak mengunyah makanan. Korang tau je la kan cam mana rasanya sakit gigi.. rasa nak nangis pun ada kadang². Harap² abang kucing tak lupa janji dia sabtu ni. huhuhuh.....

Hari ni cam biasa jek kat tempat keje. Keje pun tak banyak, tapi aku yang banyak berjalan. Sangap tul rasanya nak menunggu masa balik. Tanak buang masa punya pasal aku baca novel "Hanya Kerana Cinta" yang mmg aku bawak dari rumah. Biasalah cita novel, penuh dengan bahasa² indah, jalan ceritanya selalu mengajak pembaca turut bersama merasai suka derita watak² yang ada. Sekali sekala ingatan aku terpanggil pada abg plumber yang seminggu dua ni nampak sedikit murung. Seceria mana dia cuba senyum, tetap tak dapat sembunyikan resah yang terbuku dalam hati dia. "Berat mata aku yang memandang, berat lagi bebanan yang dipikulnya". Susah nak cakap macam mana perjalanan hidup kita ni. Tak siapa yang nak menderita, tak ada siapa yang nak berduka. Tapi itulah hakikat kehidupan, ceritera sebuah perjalanan. Kadangkala lurus dan tiada halangan. Kadangkala penuh liku, ditambah dengan onak duri yang maha hebat.

Kalau boleh dikongsi bersama, aku tak kisah kalau bebanan itu dipindah ke bahu aku. Utk abg plumber, aku harap dia sentiasa tabah dan sabar dalam menempuhi segala apa halangan yang merentangi perjalanan hidup ini. Kata² mak ini tak pernah aku lupa dan sentiasa aku jadikan penguat semangat " anak jantan tak boleh menangis, anak jantan kena kuat". Entahlah, mungkin aku cuma pandai cakap je, tapi yang pasti aku akan sentiasa ada kat sini untuk menyokong dan mendorong dia dari belakang. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. Insyallah, yakin dengan rahmat yang tersembunyi di sebaliknya.

Hmm, lepas balik tadi aku sempat tgk dvd "The Simpsons" - Sixth season. Ada satu siri tu bila ada satu komet besar yang nak jatuh kat "Springfield". Sibuk la suma saintis kat sana nak cari jalan cam mana nak elak supaya komet tu tak jatuh dan musnahkan semua yang ada kat situ. Penduduk² suma masing² cari alternatif cam mana nak selamatkan diri masing² kalau² komet tu jatuh jugak. Nak dijadikan citer, komet tu tak dapat diletupkan dan akan jatuh jugak kat "Springfiled". Apa yang buat aku citer pasal siri ni ialah tentang ending dia. Komet yang besar ya amats itu akhirnya pecah jadi kepingan kecik bila masuk atmosfera bumi sedangkan orang ramai semuanya dah resah bagai nak rak sebab maut depan mata. Last skali tu ada la lagu "que sera sera" yang buat aku terfikir. Kita bukanlah sesiapa nak tau apa yang akan berlaku pada masa depan kita. Yang penting kita kena selalu bersedia dan percaya yang Insyallah perjalanan hidup ni masih panjang lagi, banyak lagi cabaran dn dugaan yang akan kita tempuh. Yakin dan percaya pada diri sendiri. Yang selebihnya serahkan pada yang Kuasa. :-)



Que Sera, Sera
Doris Day

When I was just a little girl
I asked my mother
What will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here's what she said to me

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart
What lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here's what my sweetheart said

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

Now I have Children of my own
They ask their mother
What will I be
Will I be handsome
Will I be rich
I tell them tenderly

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be
Que Sera, Sera

Monday, December 05, 2005

Owcchh, its hurt!!


Bila bangun dari tido pagi tadi aku dapat rasa ada something yang tak kene ngan kaki kanan aku. Sakit.. sangat sakit setiap kali aku nak pijakkan kaki. Bengkak sikit dan ada lebam kat bawah buku lali itu. Hmm, sakit lama yang semakin melarat setiap kali lepas aku main volleyball. Dulu dah penah terseliuh sekali, nasib baik tak patah ke hapa. Entahlah, semalam main cam biasa je. Memang dah sakit kaki ni, tapi aku gasakkan jugak. (Padanlah ngan muka nkau!!!-).. haaa, aku tau sape yang nak cakap ayat tu. Thanks a lot. Aku memang jenis "tak makan saman" punya budak. Ahh, maybe tersalah urat je kot. (saja nak sedapkan ati sendiri). Malasla nak ke klinik bagai, aku ni penakut sikit sebenarnya nak jumpa doktor.. huhuhu. Sudahnya aku balut sendiri ngan bandage kaki aku lepas taroh "Menzza"-for relief of joint and muscular pains (ada tulis kat ubat sapu tu..uhuks!!). Aku kasi balut ketat-ketat, then alhamdulillah kurang sikit sakitnya.


Plan dalam pale otak aku nak m.c jek, tapi banyak mende nak buat hari ni kat tempat keje. Nak hantar overtime form, nak amik staff pass, nak siapkan report yang dah bertangguh dan bermacam² lagik. So, ari ni aku bergerak ke sana ke sini ngan kaki yang agak sakit. Terhincut² cam pakai heel yang patah sebelah. Ke mana² aku pegi ada jek yang tegur pasal kaki ni.. "jatuh moto ke..?", "injured main futsal ke?".. lotih pokcik nak menjawab. Nasib baik masa pegi opis ptg tadi Mr. Lian ada kat meja dia. Selalunya payah tul nak lekat kat opis orang tua tu, panjang jek kaki dia ke stesen sana.. Pun cam tu, bagi aku dia adalah seorang bos yang baik sesangat. Payah rasanya nak jumpa bos berbangsa cina yang baik cam dia. Cam biasa aku jumpa dia nak amik staff pass, handover report ngan ot form. Pastu ada la short discussion sket ttg work progress apa bagai. Tersenyum sekejap aku bila dapat staff pass utk bulan ni, suka² jek dia taroh nama aku ikut sedap. Kadang² dia panggil aku "Az", kadang² dia panggil "Rul". Ari ni "Hasrul" pulak katanya. lantakla, asal berbunyi sudah. Ahaks!!

Saturday, December 03, 2005

Tiket bas durjana


Lapang dada rasanya memikirkan yang hari ni aku keje shif pagi. Pukul 4 dah boleh balik dan boleh berehat kat rumah. Itu yang pasti aku suka sangat keje pagi. Tapi tang nak bangun pagi tu yang aku selalu "kalah". Dah biasa bangun lambat tiap-tiap hari, bila kene turn keje pagi mmg selalunya aku akan sampai lambat ke tempat keje. Berapa lambat..?? tak tentu.. yang pasti lambat cam mana pun aku akan tetap gi keje gak. Nasib baik la Mr. Lian tu tak penah bising aku sampai lambat... :-)

Macam biasa sehari keje kalau tak ada machine yang rosak mmg tak sah. Hmmm.. kalau tak ada yang rosak, tak ada keje plak aku nanti.. hahaha.. Tak kira la major problem atau yang kecik² je, selalunya aku akan buat sorang², kalau nak jahanam, biar aku jahanamkan sorang². Yang penting ada satu screwdriver, testpen, pliers, kunci utk mesin² tu ngan buku manual kecik yang dah nak barai. Tapi pagi tadi ada satu Auto gate machine yang betul² mencabar kewibawaan aku sebagai seorang technician yang dah keje kat sini selama 2 taun lebey... Bermula dengan panggilan dari pusat kawalan yang soh aku gi Stesen Chow Kit, ada machine breakdown katanya.. Sampai kat sana mmg ada satu auto gate yang rosak. Aku ingatkan "error" biasa je sbb kat skrin panel dalam mesin tu tunjuk "sensor unit error", pastu ada la error code bagai yang kuar.. Selalunya problem cam ni aku settle kan dalam masa 10 min jek, tapi pagi ni dekat 1/2 jam aku "mengerjakan" satu mesin tu je, tetap keluar "error code" yang sama. Macam² dah aku buat, aku dah test semua sensor yang ada dalam mesin tu, ok je sumanya.. Kenapa sensor tu tanak detect tiket yang masuk?? Hmm... semakin panas suhu kat sana, semakin ligat pale otak aku berpikir. Last skali tergerak aku nak run mesin tu secara manual, no power... Aku cuba masukkan satu tiket, nak tgk boleh tak tiket tu bergerak sampai ke "collecting unit", tapi tersekat awal² lagik. There it is.. aku dah dapat jawapannya. Aku bukak "ticket insertion slot" nak tgk apa yang buat tiket tu sangkut, MasyaAllah, rasa cam nak menjerit je bila nampak ada sekeping tiket bas yang dah terlipat² kat situ. Bagai nak rak aku cari apa masalahnya, rupanya sekeping tiket bas yang menjadi punca. Mangkuk manalah yang bijak pandai sangat masukkan tiket bas kat dalam mesin aku ni.

Marah ada, geram ada.. tapi akhirnya aku boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai. Dah 2 taun lebih aku menghadap bende yang sama kat tempat keje. Kadang² bosan gak, kadang² buat sakit hati. Apapun, demi tanggungjawab keje, aku akan selalu bagi 100% komitmen aku walaupun aku selalu datang lambat.... huhuhuhu


inilah tiket bas yang bersalah itu

Friday, December 02, 2005

Dinner Time


Pening jap pale otak memikirkan apa nak pakai untuk dinner malam nanti. Rasa cam tanak pegi pun ada, tapi dah janji ngan Tommy. Lagipun bukan selalu dapat makan free kat hotel.. Muahhaa... Merasa la aku jalan-jalan sebelum jumaat tadi keluar masuk shopping mall area bukit bintang sana. Nak mencari kasut katanya.. Takkan nak pakai sandal yang dah haus ittew.. Masuk Sungei Wang, pastu Metrojaya... Tak cukup lagik, aku redah plak kat Lot 10 sana.. Letih skal kaki ini berjalan katanya.. dah la masa keje lagik tu. *matila ko Mr Lian.. Akhirnya sebelum pale lutut aku tercabut sbb banyak sangat berjalan, aku jumpa gak kasut yang seswai dan dapat mencuri hati ini.. suke..suke... :)

Malam tu aku sampai on time kat Legend Hotel cam yang kitaorang janji.. Tommy, Pian, Yus ngan Nouri dah tunggu kat lobby masa aku sampai. Thank God, Im not a fashion victim. Aku pun tak pasti majlis apa yang kitaorang nak join ni, malas nak amik tau. Yang aku tau cuma ada makan2, pastu ada persembahan sket... cam tu la yang Tommy cakap ari tuh. Meriah skal dinner kat Di-Atas Brasserie malam tu. Meriah tang makan jek.. heheh.. banyak gak yang makan, sampai naik senak perut. Tapi part yang agak best ada cabutan bertuah katanya masa dinner tu. Ada la dalam 10 no yang dicabut, dan 3 daripadanya kitaorang yang dapat. Pian, Nouri ngan aku. Bertuah?? Harusla, datang nak makan saja katanya.. sudahnya dapat hadiah bagai. Apapun, mekasih bebanyak kat Tommy sbb ajak aku ngan kengkawan makan free. Seronok sangat dapat keluar makan ngan bebudak ni suma. Thanks guys.


Hadiah cabutan bertuah.. hmm, nak pegi dgn sape yek..??









Thursday, December 01, 2005

Hari Baru, Bulan Baru


Berat sekali rasanya nak membuka mata pagi tadi... Sengal-sengal terasa menjalar di setiap ceruk tubuh dan letih bermain bola tampar semalam masih lagi terasa. Kalau di turutkan hati yang malas, mahu saja rasanya aku tarik kembali selimut bujang yang kemas membalut badan. Mengenangkan yang hari ini hari pertama berkerja selepas "off day" aku gagahkan diri juga. Hasilnya, aku terlambat ke tempat kerja buat kesekian kalinya.. :P

"PENAT", satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan suasana hari ni. Biasalah, hari pertama bekerja, nak mendapatkan "mood" kerja adalah suatu cabaran yang harus aku atasi setiap hari. Namun, alah bisa, tegal biasa. Periuk nasi aku, terpaksa aku jaga sendiri. Biar segunung kerja yang dilambakkan depan mata, demi tanggungjawab akan aku laksanakan.

Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak tengahari tadi lansung tak menghalang aku daripada pulang ke rumah. Aku lebih rela berhujan basah daripada terus "terpacak" di stesen. Basah kuyup juga bila sampai di rumah tadi, tapi kelegaan kerana berjaya mengharungi seharian bekerja mengatasi segala-galanya. Teringat akan novel karya Norhayati Berahim yang aku beli semalam. Nampaknya malam ini masa aku takkan terbuang begitu saja. Lebih indah rasanya di buai lamunan indah cerita novel daripada dibuai ombak resah yang aku sendiri ciptakan.